As-Salaf Suatu Yang Diimpikan

Filed under: by: Mujahid Muda

Sedang ana membelek buku yang berjudul “Aulawiyyat al-Harakah al-Islamiyyah fi al-Marhalatil al-Qadimah” yang dikarang oleh Prof. Dr yusof Al-Qardawi Hafizatullah, hati tertarik dengan tajuk yang ulama’ ini highlightkan. Tajuk ini pernah dihuraikan secara ringkas oleh Ustaz Ramadhan Fitri, Pengerusi JPM pusat sewaktu kunjungan beliau ke UTM. Substance ini juga, kadang kala kian dipinggirkan oleh kebanyakkan ahli pendokong Islam yang inginkan tajdid atau pembaharuan. Alhamdulillah, semangat itu mulai timbul lantaran kesedaran ahli yang memerlukan satu revolusi diperingkat dalaman. Namun, pembaharuan yang ingin dicapai, tidak boleh tidak untuk kita ketepikan soal basic atau prinsip asas yang menjadi benchmark untuk kita mengatur sebarang gerak kerja Islam sekarang mahupun akan datang.

Sahabat-sahabat sekalian, tajuk yang saya ingin kongsikan adalah Pemikiran Golongan Terdahulu atau secara detailnya, bagaimana kita mengaplikasikan pemikiran yang dipunyai oleh golongan salafiyyah dalam setiap tindak tanduk, gerak geri kita menyebar luaskan fikrah Islamiyyah. Bila bebicara mengenai salafi, skop yang tertangkap dalam minda adalah tariqat yang menyesatkan, pebahasan feqah yang memeningkan, abid yang sentiasa kuat beribadat di masjid-masjid tanpa menginvolve dengan dunia luar, permaslahan kalam(tauhid) dan berbagai macam lagi pemikiran sempit ini timbul di benak pemikiran pada masyarakat kini. Malah ianya juga berjangkit pada kalangan kita yang dipilih oleh Allah untuk mendokong perjuangan Islam yang suci ini.

Siapakah As-Salaf?

Pertamanya, izinkan saya memulakan perbicaraan ini dengan sepotong hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah ibn Mas’ud. Sebelum itu, Abdullah ibn Mas’ud dalam kata-katanya: “aku adalah orang yang kelima masuk Islam”. Dan Abdullah ibnu mas’ud Dikenali sebagai “Al-mufti baina sahabah(Mufti di kalangan para sahabat)”. Hadith tersebut adalah:-

“Sebaik kurun adalah kurun aku,dan yang terbaik selepas itu adalah generasi yang menyusuri mereka, dan yang terbaik selepas itu adalah yang menyusuri mereka”

Keterangan:
  1. “Sebaik kurun adalah kurun aku…..” : Zaman Rasulullah serta Para sahabat
  2. “....dan yang terbaik selepas itu adalah generasi yang menyusuri mereke,..”: Para Tabi'in
  3. “….dan yang terbaik selepas itu adalah yang menyusuri mereka.” : Para Tabi’tabi’in


Ketiga-tiga generasi ini, ulama menganggar tempoh kehidupan mereka adalah selama 300 tahun selepas kewafatan nabi, yang mana ketiga-tiga generasi inilah merupakan generasi yang dinamakan as-salaf as-soleh. Melihat ketiga-tiga generasi ini, kita memikirkan. Bagaimana kita selaku duat di kampus hendak mengambil manhaj as-salaf as-soleh untuk kita memperoleh berkat dalam perjuangan. Bahkan jika kita kaji semula bentuk dakwah yang kita inginkan atau kita cita-citakan adalah dakwah salaf (boleh rujuk kitab risalah ta’alim dan tasawwur asasi islam).


Kita lihat bagaimana para sahabat yang ditarbiyyah oleh baginda Rasulullah begitu tinggi intima’ mereka pada perjuangan Islam. Sebagai contoh, Saad bin abi Waqas. Pusaranya berdekatan dengan Negara China. Ukurlah jarak madinah dengan Negara China, begitu jauh perjalanan Saad abi waqas yang begitu mobile dalam perjuangan menyebarkan Islam. Dan ramai lagi sahabat-sahabat yang kuburan mereka berjauhan dengan tanah air mereka yang tercinta. Sangat mobile, mengorbankan seluruh kudrat demi memastikan Islam itu disebarkan.


Inilah sebenar, yang kita inginkan. Mobilisasi yang dipamerkan ini bukan hanya membuatkan kita takjub. Tetapi, sebenarnya, mobilisasi inilah yang kita mahukan ianya wujud di kalangan kita selaku duat dimuka bumi, khususnya di kampus-kampus.


Intipati Sebenar Method Golongan Salafi


Diantara keistimewaan pemikiran ini ialah method pemikiran yang menjadi teladan didalam pemahaman bahawa sebaik-baik kurun adalah kalangan para sahabat dan sesiapa yang menurut jejak langkah mereka dengan sebaiknya melalui hidayah Al-Quran dan juga petunjuk dari rasulullah s.a.w.


Intipati sebenar method golongan salafi merupakan method yang diasaskan dalam pelbagaian bentuk berdasarkan usul dan dasar-dasar pengambilannya iaitu:

  • Menjatuhkan hukuman berdasarkan nas-nas qat’I bukannya berdasarkan kata-kata pemimpin.
  • Menyerah atau mengembalikan perkara-perkara yang meragukan kepada pihak hakim dan perkara-perkara yang samar-samar atau andaian kepada yang lebih kuat atau kepada yang lebih meyakinkan.
  • Memahami perkara juz’I atau perkara cabang kepada permasalahan pokok(asas) dan menyeluruh.
  • Menyeru kepada ijtihad dan pembaharuan serta menolak atau membenci kejumudan dan taqlid.
  • Menyeru kepada peradaban bukannya maki-makian di dalam bidang akhlak.
  • Menyeru kepada kemudah-mudahan (keringanan) bukannya kepayahan di dalam bidang feqah.
  • Menyeru kepada kegembiraan bukannya ketakutan didalam bidang tauhid.
  • Menyeru dengan menanam kejituan keyakinan bukannya dengan perdebatan bidang akidah.
  • Memberi pertolongan atau petunjuk dengan roh kesedaran bukannya dalam bentuk fizikal didalam bidang ibadah.
  • Menyeru kepada mengikut dan taat di dalam perkara-perkara agama dan mereka-reka (mencipta) di dalam perkara-perkara dunia.


Inilah intipati method golongan salafi yang mereka gunakan, dengannya dididik serta ditarbiyyah sebaik mungkin lalu lahirlah sebaik-baik generasi yang dijamin keemasannya samaada dari sudut ilmu dan juga amalan sehinggakan Allah memuji mereka di dalam Al-Quran dan juga dipuji oleh Baginda Rasul di dalam hadith-hadithnya. Terpahat serta termaktub didalam sebutan dan juga penulisan sejarah dimana merekalah yang membawa dan menyebarkan Al-Quran kepada generasi yang selepasnya, membuka Negara-negara baru, menyebar serta memartabatkan keadilan dan juga keharmonian, mendirikan Negara dengan penuh keilmuan serta keimanan dan juga mengasaskan ketamadunan kerohanian, kemanusiaan serta ketinggian moral sejagat yang tidak dapat disangkal dan masih disebut-sebut didalam sejarah.


Semoga perkongsian yang serba daif ini, mampu untuk mencetuskan kajian yang lebih mendalam berkenaan dengan Salafi di semua peringkat. Secara jelasnya, duat seharusnya mencontohi keemasan yang dianugerahkan kepada generasi ini. Mencontohi, bukan bermaksud kita ‘copy and paste’, tetapi kita mengambil dasar-dasar atau asas-asasnya. Sekian,


Yang benar,
Dzulhuzmi
zul_muslimin@yahoo.com

zul_mujahid@yahoo.com
wiraperkasa.blogspot.com



Siri Pertama: Faktor-faktor Yang Membawa Kejatuhan Umat Islam.

Filed under: by: Mujahid Muda


Pemisahan Kepimpinan din dan Siasah.


Pada zaman Rasulullah s.a.w. kepemimpinan umat berpusat di satu tempat. Semua perkara, kerohanian, akhlak, keilmuan, kebudayaan, politik , ekonomi dan ketenteraan yang di pegang dan diarahkan oleh satu kuasa yang sama. Para pentadbir dan pelaksanaan segala urusan umat ketika itu berpusat pada satu bentuk kepimpinan yang benar-benar memiliki dan menjiwai kesyumulan islam. Tiada pemisah di dalam urusan umat dalam mana-mana aspek sekalipun. Pemisahan dalam urusan umat kepada juzu’-juzu’ yang ada adalah sesuatu yang asing dari ajaran islam yang lengkap dan sempurna.

Denga peralihan system khalifah kepada sistum mulk maka bermulalah itu sedikit demi sedikit. Di saat kegentingan system mulk, adalah seluruh perhatian ditumpukan kepada pengukuhan kuasa memerintah, pemerintah telah cuai dari menumpukan perhatiannya kepada segala sudut Islam. Pemerintah hanya berusaha untuk mengekalkan kekuasaannya. Mereka sanggup berusaha untuk berbuat apa sahaja asalkan kuasa yang dimiliki itu, kekal terjamin dengannya. Mereka menindas rakyat, merampas harta, menyiksa, memenjara serta membunuh insan-insan yang menentang mereka. Seperti mana yang terjadi pada zaman Mu’awiyah. Seorang yang bernama Ziyad, dilantik oleh Mu’awiyah sebagai wali di negeri Kuffah. Ketika ziyad ingin menyampaikan pidatonya buat kali yang pertama, Ziyad dilempar batu oleh 30 hingga 80 orang sebagai reaksi protes pada Ziyad. Lalu Ziyad, memerintahkan orang suruhannya menutup pintu masjid, dan menangkap orang yang melempari batu terhadapnya, lalu kesemua mereka dihukum, potong tangan.

Semasa keganasan puak pemerintah ini, terdapat juga beberapa tokoh-tokoh ulama’ yang terus berusaha untuk melakukan kerja dakwah melalui lisan dan nasihat. Tetapi, pemerintah tidak senang, lantas mereka ditangkap, dipenjara, diseksa dan ada yang dibunuh.

Dalam suasana kegawatan umat, golongan raja-raja yang memrintah tidak punyai kelayakandari segi ilmu ataupun akhlak. Mereka tidak mempnyai kelayakan berijtihad yang merupakan salah satu syarat yang mesti wujud dalam kepimpinan tertinggi umat islam. Walaupun pemerintah melakukan kekejaman-kekejaman, para ulama’ telah bersikap enggan menyertai atau bekerja sama dalam urusan-urusan pemerintahan. Mereka menjalankan usaha untuk mendidik umat dan meluaska risalah Islam tanpa bantuan dari pihak pemerintah. Imam Abu Hanifah menghadapi situasi sedemikian. Beliau bersama-sama pengikutnya menyebarkan seruan Islam yang mulia, dan tidak gentar dengan ancaman-ancaman yang dihidangkan pada mereka. Umat Islam yang beriman, menganggap ulama’ inilah yang akan membimbing mereka kepada jalan kehidupan yang selamat dan diredhaiNya. Mereka sedaya upaya menghayati Islam dan menjalankan segala tuntutannya yang termampu. Mereka tidak mampu untuk menjalankan kerja amar ma’ruf dan nahi mungkar sepenuhnya, kerana kuasa bukan ditangan mereka. Disamping itu, mereka berpandangan bahawa usaha menumbangkan kerajaan yang zalim itu melalui jihad dibenarkan syara’, mereka tidak dapat mengisytiharkan jihad kerana nyata tindakan itu akan membawa mudharat yang lebih besar kepada umat Islam ketika itu.

Keadaan ini berterusan hinggakan kepimpinan ulama’ itu hanya terbatas pada bidang-bidang ‘ilmu dan peningkatan akhlak tanpa melibatkan diri dalam urusan siasah negara. Lama kelamaan kesetiaan umat terbahagi kepada 2 pusat.

Pemisahan di dalam kepimpinan din dan siasah kepada 2 pusat ini telah merumitkan usaha penyatuan umat.semakin kukuh golongan yang tidak menjiwai Islam dan semakinlemah pula kedudukan ulama’. Dengan bertambah kukuhnya kedudukan golongan pemerintah ini, semakin teballahkekaburan kefahaman Islam dan semakin dalam pemisahan urusan agama dengan urusan duniawi dalam kehidupan umat Islam.

Kehancuran kini kian hebat, kerana pemisahan yang berlaku berlandaskan kepada konsep sekularisme. Suatu fahaman yang menolak kewujudan Allah, dan mengambil kepercayaan materialism.sekitanya pada awal zaman, pemisahan ini terjelma diatas sikap fasik dan zalim sang pemerintah dan kejahilan umat, akan tetapi pada hari ini, pemisahan ini pula berasaskan kepada menjalakan kehidupan manusia di atas landasan secular yang menolak Islam sebagai satu kuasa perundangan.

Malang terus menimpa umat Islam masakini apabila golongan yang dipanggil ulama’ menyokong dasar-dasar kerajaan yang secular dan tidak menganggap bertentangan dengan Islam. Malahan melalui mereka inilah, umat islam terus merasakan bahawa, agama dan politik tidak boleh dicampur aduk. Golongan ulama’ inilah menjadi alat bagi pemerintah yang masih mengaku Islam bagi membenarkan segala apa yang dilakukan oleh pemerintah.

Mohd Dzulhuzmi Nasruddin.

KEMUDI MUJAHID

Filed under: by: Mujahid Muda

Bermulanya satu pengemudian.

..Pesanan Terakhir..

wahai MUJAHID DAKWAH!!
Puluhan tahun lamanya,pendengaran ,pergaulan, perjuangan, pengorbanan
kerana jerih payah dan pembantingan tulang yang tiada hentinya
engkau telah kaya dengan pengalaman engkau sekarang telah menjadi
engkau telah memiliki pengertian dan ukuran
engkau telah menentukan jarum sejarah seperti orang lain
engkau telah sampi ke batas sejarah,kini dan nanti

Engkau telah memenuhi hidupmu
dengan ketekunanikut memikul yang berat menjinjing yang ringan
membawa batu-bata untuk membangun gedung UMMAT ini
engkau tebus semua itu dengan cucuran keringat dan airmata,kesengsaraa n dan penderitaan

Kawan hidupmu yang menyertaimu
dalam segala suka dan duka telah tiada lagi
Ia tak sempat menghantarmu sampai ke batas perhentianTengah jalan dia pulang dan engkau ditinggalkan di daerah kesepian
di atas kuburnya telah tumbuh merumput,daunnya subur menghijau
Bunga suci aku lihat tumbuh pula di atas pusara sepi itu
biarkan ia tumbuh menjadiakan tiba juga masanya bunga suci itu mekar menguntum

Eva dan sofia akan memetik ia kelakakan
mempersunting ia penghias sanggulnya
sudikah engkau menulis nisan kenangan di atas kuburnya
sebagai tanda PEMBALAS JASA
kerana dialah penolong engkau di medan bakti?

-assyahid imam Hassan albanna-

Teks Mufti Perak Menghadap Sultan Perak..

Filed under: by: Mujahid Muda

Maksud Hadith rasulullah S.A.W. :
"Mereka yang tidak memikirkan masalah ummatku BUKAN dari kalangan ummatku".

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, HARI Isnin, saya ke Kuala Lumpur dan saya menemui enam peguam dan beberapa pemimpin NGO untuk mendengar taklimat mengenai keadaan agama Islam dan orang Islam di negara ini.
Taklimat berlangsung selama empat jam setengah. Pada pagi Selasa, saya telah dipanggil oleh Sultan Perak untuk menyembah taklimat. Kemudian menyembahkan taklimat yang hampir sama pula kepada Majlis Raja-Raja. Saya memberi taklimat mengenai bahaya yang sedang dihadapi oleh umat Islam pada ketika ini.
Bencana umat Islam
Waktu ini ada kes Lina Joy (Azlina binti Jelani) yang sedang menunggu keputusan. Lina Joy memeluk Kristian dan berkahwin dengan seorang India beragama Kristian. Dia pohon kepada Mahkamah supaya namanya ditukar kepada Lina Joy dan agama dipadamkan dari Mykad beliau tetapi Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat memadamkannya kerana tiada perintah dari Mahkamah Syariah. Lantaran itu, beliau telah mencabar ke Mahkamah Persekutuan berasaskan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebutkan bahawa tiap-tiap individu rakyat Malaysia berhak memilih agamanya sendiri (Every person has the right to profess and practice his religion).

Kes ini dibicara di hadapan tiga hakim di Mahkamah Agung iaitu Ketua Hakim Negara, seorang hakim bukan Melayu dan seorang hakim beragama Kristian. Jika dalam kes ini Lina Joy menang; maka agama Islam akan hancur. Ia membawa implikasi:
  • Kuasa Raja mengenai agama Islam akan hilang
  • Kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipakai
  • Orang Islam tidak boleh memaksa anaknya sembahyang, tidak berhak lagi kutip zakat dan tiap-tiap orang boleh mentafsir Islam ikut kehendaknya. Itulah akibatnya.

Malangnya orang Islam nampaknya tidak prihatin sehingga dalam perbicaraan itu. Tidak ramai yang hadir untuk menyatakan sikap dan sokongan. Majlis Agama pun dilihat tidak menghantar orang Islam. Pemerhati dari Islam tiada. Ini berbeza dari kalangan bukan Islam. Hatta, peguam/pemerhati dari Kedutaan Kanada , Australia dan Amerika Syarikat pun sanggup datang. Bahkan, peguam-peguam pemerhati ini dibenarkan berhujah. Ini amat berbahaya. Ia belum pernah berlaku. Jadi Majlis Raja-Raja sedikit tersentak setelah saya melaporkan perkara ini.

Peguam Negara telah dipanggil oleh Majlis Raja-Raja dan Peguam Negara kata tidak boleh buat apa-apa. Tunggu keputusan saja. Inilah keadaan yang telah menjadi bagaikan telur di hujung tanduk.

Gerakan Kristian dan Hinduisme





Orang Melayu yang berjinak dengan Kristian biasa dilatih secara mendalam di Singapura. Identiti mereka ditukar. Sekarang, terdapat dua gereja orang Melayu di Kuala Lumpur. Di Brickfield, ada usaha memberi makan tengah hari percuma pada hari Jumaat kepada remaja Melayu yang lepak supaya mereka leka dan tidak pergi ke masjid. Terdapat ratusan pemuda-pemuda Melayu pergi ke gereja di Brickfield ini. Saya telah memberitahu juga hampir 250,000 orang Islam yang murtad tapi saya dicabar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Orang Islam yang memeluk agama Hindu sahaja sudah hampir 100,000 orang. (Sumber : jangkaan Persatuan India Muslim). Bahkan mengikut laporan pihak polis, belia-belia Islam yang menganggotai black metal, yang memaki Tuhan sudah ada 13,000 hingga 14,000. Orang yang ikut Ayah Pin yang mempercayai "Ayah Pin itu Tuhan" adalah 14,000 orang. Ini yang menjadikan saya lantang.
Majlis Raja-Raja Bangkitkan:








  • Apa Peranan Masjid
  • Apa peranan imam-imam dan pengurusan masjid.
  • Kenapa tidak bendung sedangkan ada undang-undang .
Peguam Negara kata, berbezanya paderi dengan imam-imam kita ialah paderi-paderi menunggu kedatangan hadirin seperti menghormati tetamu di pintu gereja. Mereka memberi khutbah dengan terancang dan profesional sehingga orang boleh yakin dengan cakap-cakap mereka. Selesai majlis, mereka tunggu di pintu gereja dan mengucapkan selamat. Mereka suka bertanya khabar dan suka ambil tahu dan sering tawarkan pertolongan. Bezanya, khutbah kita tidak menarik. Disampai secara tidak profesional.
Di Uzbekistan dan China , walaupun 70 tahun ditekan, mereka masih kuat. Dalam keadaan yang cukup kuat ditekan, mereka cuma utamakan penyebaran salam dan kuatkan silaturrahim di samping membaca ayat-ayat suci Al-Quran di dinding-dinding masjid. Imam masih boleh berbahasa Arab. Itu ketika Komunis berkuasa. Ini rahsia kekuatan mereka dapat bertahan.
Serangan Aqidah di Malaysia
Sekarang di Malaysia kita diserang dalam bentuk yang dahsyat. Serangan pemikiran.
  • Golongan intelektual. Orang Kristian yang buat serangan. Walaupun mereka berjaya serang tetapi mereka tidak dapat tawan hati orang Islam. Untuk itu mereka cuba mempelajari Islam dengan untuk menyerang Islam. Mereka juga wujudkan fakulti-fakulti Islam di universiti mereka.

  • Mereka juga melahirkan kekacauan kepercayaan lalu membawa pemikiran Islam liberal. Mereka letak semua agama itu sama. Ia datang dari sumber yang sama iaitu Tuhan yang sama. Cuma masa wahyu turun, Islam diterjemah dalam mesej ketuhanan itu mengikut bahasa-bahasa berbeza sesuai dengan bangsa dan keturunan Nabi. Tegas mereka, kitab-kitab suci itu adalah terjemahan. Oleh itu ia boleh dipinda dan ditafsirkan semula. Dalam kurun ke 16, ia telah disaran oleh Yahudi dan diterima oleh para paderi Kristian.
Ini yang menjadikan Kristian berpecah pada berpuluh-puluh mazhab. Dulu, cuma ada Kristian dari mazhab Roman Katholik. Masing-masing menuduh masing-masing mazhab kafir. Inilah pula yang dibawa ke dalam dunia Islam.

Islam liberal begini mulai masuk pula ke Indonesia . Mereka menguasai universiti dan media dengan dilindungi dan disokong dengan kuat oleh AS dengan berbilion-bilion USD. Ini menjadikan fakulti-fakulti pengajian Islam di universiti-universiti di Indonesia sudah tidak ada lagi penuntut. Kini sudah ada fatwa di Indonesia bahawa perkahwinan lelaki sesama lelaki itu sah. Faraid dan hudud sudah tidak relevan dan harus dibuang. Ini pun hampir difatwakan akhir-akhir ini oleh Majlis Agama Indonesia .. Ia sedang berkembang kerana tulisan-tulisan ini dipelopori oleh intelektual.

Sekarang, di Malaysia pun sudah terbawa-bawa. Begitu. Tulisan-tulisan yang liberal seumpama ini biasanya ditulis oleh wartawan-wartawan dalam akhbar-akhbar berbahasa Inggeris. Dulu Astora Jabat saja yang tulis dalam akhbar Melayu. Kini, Astora guna majalah Al Islam pula sebagai platform dengan ditukar namanya kepada Hussin Ab. Rahman. Kasim Ahmad pun sekarang sudah diberi tempat semula untuk menulis dalam Al Islam.
Keputusan kes pakai serban Ini ada laporannya dalam semua akhbar. Bagaimana 3 murid Islam memakai serban di sekolah telah diberhentikan dan kes mereka pula kalah di mahkamah. Sedang penganut agama lain kenapa bebas memkai serban dan mengamal agama mereka ? Ini satu penghinaan yang sungguh dahsyat ke atas Nabi kita dan Islam pada amnya. Allah jadikan sembahyang berjemaah lima waktu. Ini bertujuan untuk melahirkan ukhwah. Hikmahnya cukup besar. Seorang orientalis buat kajian kenapa ada rakaat-rakaat dalam sembahyang. Orientalis yang akhirnya masuk Islam itu, sembahyang itu sebagai satu bentuk caj. Pertemuan bahu dengan bahu, kaki dan kaki dia akan caj kuasa rohani.

Untuk itu, kita perlu kuatkan diri. Orang Hindu sedang kuatkan diri mereka. Mereka giat buat tokong Hindu. Di Perak misalnya, ada 2,000 tokong Hindu sedangkan masjid cuma 560 buah sahaja. Dan agama Hindu ini semakin menampakkan keganasan. Terdapat ramai juga orang Melayu yang diHindukan. Kini, Filem-filem Bollywood juga di gunakan untuk mendakyahkan agama Hindu di seluruh dunia. Harap kepada siapa?
Kita tidak boleh lagi harapkan pihak berkuasa Jakim, Jabatan Agama atau pihak kerajaan untuk melindungi kita. Allah tidak amanahkan Islam, al-Quran dan Sunnah ini kepada kerajaan tetapi Allah amanahkan kepada setiap individu muslim.
Allah S.W.T berfirman:

"Kami wariskan al-Quran itu kepada hamba-hamba Kami yang terpilih iaitu yang beriman kepada Allah; (bukan kepada kerajaan)."
Peringatan-Peringatan Daripada Allah S.W.T.






Tsunami, gerak gempa bumi, ramai umat Islam yang mati. Ini peringatan. Kenapa di Acheh dan Bangladesh ?
Bukan bermakna orang Acheh yang bermaksiat, tetapi mungkin maksiat berlaku di tempat lain. Bagaimanapun, pada malam kejadian itu, ada permainan tari menari dan pesta minum arak di pantai yang berdekatan.
Demikian, sedikit ringkasan. Wallahu a'lam

Dato' Harussani Bin Zakaria
Mufti Diraja Negeri Perak

Mahasiswa Menyokong Penuh Kerajaan Hamas.

Filed under: by: Mujahid Muda



Mahasiswa menyokong penuh parti di bawah kepimpinan Ismail Hanieya yang dipilih secara demokratik tahun 2006 yang lalu. Mahasiswa merasa kesal dengan tindakan pimpinan parti politik fatah yang menjadi talibarut Israel yang cuba sedaya yang mugkin untuk menggugah kerajaan palastine. Saya selaku Mahasiswa juga kesal tentang element jahat yang di mainkan oleh presiden fatah, Mahmud Abbas yang menambahkan lagi derita rakyat Islam Palastine.

Walaupun Hamas dan Fatah sudah menerima pelan damai di Makkah beberapa bulan lepas dan mewujudkan kerajaan campuran sebagaimana yang didedak oleh komuniti antarabangsa, namun Fatah terus menggugat kestabilan Palestin dengan banyak percubaan untuk melemahkan kerajaan sekaligus menghalang usaha kedamaian negara. Tambahan pula, kami mengecam peranan Amerika Syarikat dan Israel yang dipercayai menyalurkan kelengkapan senjata yang bernilai USD 100 juta kepada Fatah untuk menggulingkan kerajaan hamas yang diterajui oleh Ismail Hanieya.




Rentetan dari itu, mahasiswa menggesa seluruh umat Islam untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada kerajaan Hamas yang kini dkepung oleh Fatah dengan bantuan AS dan Israel laknatullah.....


Keadaan di Palestin waktu ini, diburukkan dengan peperangan kedua-dua pihak yang meletus akibat daripada tindakan segelintir anggota Fatah menyalurkan maklumat kepada regim Yahudi untuk menangkap dan membunuh pemimpin Hamas.


Hasil dari kerjasama mereka, tentera Israel baru-baru ini menangkap beberapa orang pimpinan Hamas, ada di kalangan mereka merupakan menteri dalam kerajaan campuran.


Tidak terhenti setakat itu, Fatah yang dibekalkan dengan senjata canggih oleh Yahudi, membuat beberapa percubaan untuk membunuh Perdana Menteri sejak kebelakangan ini.


Kekacauan yang berlaku mengakibatkan Palestin yang berada dalam dua wilayah yang terpisah di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, ditadbir oleh dua puak yang bertentangan.


Marilah sama-sama kita menunaikan solat hajat dan bermunajat kepada Allah agar seluruh perancangan jahat regim Yahudi yang memecahbelahkan umat Islam Palestin digagalkan.

Teknik Ucapan Yang Berkesan.

Filed under: by: Mujahid Muda

Resipi Utama


1. Kepada siapa anda berucap. Anda mesti mendapatkan maklumat terlebih dahulu supaya anda tahu apa yang bakal anda ucapkan. Selidiki beberapa maklumat seperti berapa ramai yang akan mendengar, purata umur, jantina, latarbelakang, serta pendidikan. Juga buat anggaran apakah jangkaan mereka terhadap ucapan yang bakal anda sampaikan. Kemudian, tetapkan matlamat daripada ucapan tersebut. Di akhir ucapan, apakah yang anda ingin capai? Bagaimana untuk menjadikannya lebih bermakna?

2. Apa yang anda akan berucap... lakarkan. Ianya merupakan konsep dan kerangka utama yang hendak disampaikan. Lakaran tidak perlu ditulis berjela-jela. Cukup sekadar dalam bentuk peta minda yang berupa beberapa patah kata ringkas untuk menggambarkan apa yang ada di kepala anda. Kemudian, senaraikan isi-isi penting yang hendak disampaikan. Susun mengikut kronolfi, kesesuaian dan keserasian. Tuliskan dalam bentuk yang ringkas dan mudah dibaca terutama apabila anda sedang berucap. Seeloknya, anda menaip dan mencetaknya di atas kad-kad kecil yang senang dipegang.

3. Gunakan bahasa yang mudah. Jangan terlalu bombastic dalam mengeluarkan kata-kata. Objektif pengucapan awam adalah untuk memastikan audien memahami mesej yang ingin anda sampaikan. Oleh itu, jangan kelirukan audien anda.

4. Practice make Perfect. Amalan ini dilakukan oleh ramai tokoh-tokoh hebat dunia. Terdapat banyak ruang untuk anda berbuat demikian. Anda boleh berlatih di hadapan rakan-rakan dan bertanya pendapat mereka. Jika anda rasa malu atau segan, anda boleh lakukannya di hadapan cermin, dan melihat sendiri prestasi diri. Cara lain ialah dengan menggunakan perakam suara atau perakam perakam video.

5. Gunakan bahasa badan yang positif. Berdiri dengan tegap dan tinggi. Kembangkan bahagian dada dapatkan postur badan yang positif. Elakkan daripada berpeluk tubuh, menyeluk saku, bercekak pinggang atau apa-apa tabiat tangan yang tidak sesuai. Anda juga perlu tahu untuk menggunakan gerak tangan yang bersesuaian dengan apa yang anda perkatakan. Letakkan tangan anda di sisi bila ‘tidak digunakan’.

6. Selitkan sesuatu yang ‘istimewa’ sebagai daya penarik. Ia adalah cara untuk ‘menarik’ perhatian audien untuk mendengar ucapan anda. Ia mungkin dalam bentuk lafaz ayat-ayat suci al-Qur;an, pantun, petikan-petikan buku, kata-kata tokoh, teka-teki, cerita ringkas, humor, gimik dan sebagainya. Jika anda pandai menggunakan taktik ini, anda tidak akan ‘kehilangan’ audien anda. Atau mungkin anda akan menjadi terkenal kerana trademark anda yang menonjolkan sesuatu yang ‘istimewa’ itu.
7. Hubungan mata dan mimik muka yang sesuai. Kekalkan hubungan mata dengan para audien. Sesuaikan mimik muka dengan isi kandungan ucapan anda. Dalam pengucapan awam, suara anda adalah audio dan wajah anda adalah visual. Jika muka anda kelihatan kaku dan dingin, sudah pasti audien akan merasa bosan. Di kala itu, anda akan melihat berduyun-duyun audien yang ‘malarikan diri’ dari anda.

8. Penutup yang menjadi memori audien. Cubalah untuk meninggalkan audien anda dalam keadaan mereka akan mengenangkan anda. Sudahkan ucapan anda ketika orang lain sedang seronok mendengarnya. Anda boleh menggunakan semula teknik ‘sesuatu istimewa’ seperti pada pembukaan tadi. Jangan berkali-kali berkata, "...ah, saya rasa tidak ada apa lagi yang ingin diucapkan..." tetapi terus menyebut beberapa isi penting. Itu dinamakan penutup yang membosankan. Jika anda asyik melakukannya, pendengar akan muak dan bosan terhadap anda. Alangkah ruginya jika anda berpisah dalam keadaan yang membosankan, bukan?Perencah tambahan Cuba cari dan dapatkan tempat-tempat yang suci atau tidak ada orang yang ramai. Contohnya ketika anda sedang memandu keseorangan. Berlatihlah seumpama anda sedang berada dalam situasi sebenar. Rakamkan, dan juga dengar secara teliti dan cuba perbaiki mana-mana kelemahan yang dikenal pasti.Pencuci mulut"Sentiasalah mengandaikan pada penghujung anda berucap, terdapat 5000 orang bangun dan menepuk tangan kerana idea dan ucapan anda." (Thomas Hegarty)

kemana sudah martabat dan harakat Mahasiswa.

Filed under: by: Mujahid Muda


setelah sehari suntuk bermeeting, berbincang, bertukar-tukar idea tentang pelaksana program saya yang terdekat ini, akhirnya dapat juga saya akhiri tempoh fasa yang telah ditetapkan. harapannya pelaksanaan yang baik akan tercetus pada esok hari sehingga program bermula. amanah yang telah diberikan oleh jemaah pada saya dan jentera yang lain sangat-sangat penting untuk kesinambungan survival pengkaderan dan agenda dakwah jemaah.

selepas pada meeting, kami dengan sahabat handai ke warung. makan malam. hampir setengah jam kami tunggu hidangan, saya mulakan perbualan dengan sahabat berkenaan isu manusia berpengaruh di tanah air. diringkaskan cerita, saya mulakan dengan kepimpinan Anwar dalam memimpin reformasi.saya mulakan perkongsian saya dengan menceritakan anwar zaman Mahasiswanya. saya kaitkan juga dengan keizzahan mahasiswa zaman 80an hingga 90an dan membuat perbandingan dengan realiti terkini. alhamdulillah, kawan-kawan nampak berminat. selepas saya tamatkan perkongsian saya, saya mengharapkan respon kalau-kalau ada hujah diorang.


Tapi tiada. Cuba mengcungkil dari sahabat kalau-kalau diorang sembunyikan. tapi ternyata tidak berminat. minat untuk berbahas, mengkritik, berdiskusi tidak lagi subur seperti mana mahasiswa yang terdahulu. mahasiswa dizaman 80an dan 90an gemar berbahas, dan ternyata minda mereka mampu memikirkan masalah negara seperti demokrasi, inflasi dan lain-lain lagi. suara mahasiswa dulu juga begitu menggugah kreadibilty kerajaan barisan nasioanal, BN yang pada waktu itu dipimpin oleh Tun Hussein Onn dan Tun Dr. Mahadhir.

Nampaknya suatu tindakan amat diperlukan untuk menaikkan martabat dan harakat mahasiswa zaman kini. Golongan yang mendapat kesedaran awal perlu "bertindak" untuk melawan kembali tohmahan dan pelbagai lagi lebel yang kurang enak didengar kepada kita. pimpinan haruslah bertindak dengan lebih agresif dan bersistematik. susunlah perancangan yang mendatang natijah yang baik pada Mahasiswa. bersama kita kembalikan martabat dan harakat mahasiswa kita....

1.08pm

RS, Skudai.