Dairy Perjuangan Pendita

Filed under: by: Mujahid Muda

28/03/07…………….. Rabu


Minggu sebegini sememangnya para mahasiswa sibuk dengan test, tugasan yang hendak disubmit, membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan final. Lakosi seperti perpustakaan, bilik 24 jam (di library), ruangan study di blok-blok kediaman dan kelihatan bilik-bilik kediaman mahasiswa bercahaya pada waktu malam menandakan para mahasiswa bersengkang mata sibuk menelaah pelajaran. Trend yang biasa berlaku malah menjadi suatu budaya kehidupan universiti saban semesta. Pergilah mana-mana campus di tanah air sekalipun, budaya ini sememang telah berakar umbi malah menjadi habit yang sukar untuk diubah.


Termasuklah diri penulis sendiri. Hidup seorang pejuang agama Allah ni agak sukar membahagikan masa untuk gerak kerja Islam dengan tumpuan study. Ana akur, ianya adalah kelemahan diri. Diri ini perlu diperbaiki untuk hari-hari yang mendatang sebagai persediaan yang rapi kelak. Diri ini tak boleh lagi diberi peluang untuk dimanja-manjakan. Diri ini perlu diperkasakan kerana ianya adalah alat untuk kegunaan gerak kerja Islam. Lafaz bai’ah yang sayu, pengalaman ditamrinkan, keletihan mimik muka sahabat lantaran kerja yang banyak serta dorongan abg-abg, ana gunakan untuk digagahkan diri ini agar terus bergerak aktif dalam gerakan.




Para pendita kampus yang lama dan yang baru……
Takbir!!!



Kekadang diri ini tergugah dengan pencapaian yang tidak sehebat seperti sahabat sefakulti yang lain. Rata-rata mereka mengecapi keputusan yang cermerlang. Kedudukan yang pointer kukuh. Mereka sentiasa ceria, dan begitu bersemangat untuk mengecapi kecermerlangan seterusnya. Berbeza dengan aku. Sentiasa dirundung dengan kerisauan. Kedudukan pointer yang agak tergugah, rasa penat menyebabkan concentration terhadap kuliah kurang. Rasa duka yang berterusan. Mujurlah sahabat-sahabat seperjuangan menjadi penawar. Sahabat inilah yang sentiasa memberi semangat, tak kira semangat dalam mengejar ilmu atau pun semangat melaksanakan kerja jemaah. Aku bersyukur kerana ubat yang dikirimkan ku dariNya, sangat-sangat mujarab. Alhamdulillah……



Teman seperjuangan. Penawar tika ku dalam kesusahan dan keresahan.
Dari depan:- Zulhilmie, Khairul Azli dan Dzulhuzmi


Semesta yang ke-4 akan berlalu. Akan datang ana akan menjadi senior yang menjawat pangkat third year. Ana sudah pun melalui 2 tahun pengajian di bumi UTM ni. 2 tahun yang ana rasakan perlu banyak diperbaiki lagi tentang sikap, amalan, ilmu, ketaqwaan dan segala yang membawa kesempurnaan dae’i. Dengan ini Azam baru ku pasang. Kekuda bersilat ku perkemaskan untuk menghadapi musuh campus yang sentiasa mencacamerbakan suasana campus. Niat perjuangan ku bersihkan agar lahir keikhlasan yang benar-benar tulus kepada Illahi. Prinsip hidup iaitu “darah, daging ku adalah untuk perjuangan” akan sentiasa bermain diminda fikiran agar ia sedarah dan sedaging dalam kehidupan demi mengejar matlamat yang telah terpahat. Kepada sahabat-sahabat seperjuangan. Ana sentiasa mengharapkan kebersamaan ntum dengan ana. Kamulah pemangkin untuk ana berubah menjadi insan yang lebih baik.

0 comments: