Pengumuman Pertukaran Laman Blogspot!!!

Filed under: by: Mujahid Muda

Assalamualaikum...... Pengumuman. Laman saya telah bertukar ke laman yang baru (dzulhuzmi@blogspot.com). Laman akan tidak diupdate kerana masalah teknikel yang sukar untuk dielakkan. Saya memohon maaf atas segala kesulitan, dan saya menjemput tetamu sekalian untuk berkunjung ke laman saya yang baru. dan saya mengharapkan komentar dan diskusi yang mantap lagi sihat apabila meneliti setiap entries yang saya postkan.

Mujahid Muda.
9 mei 2009

Qiadah Rabbaniyah Memimpin Massa

Filed under: by: Mujahid Muda

Membincangkan tentang kebugaran pimpinan mendepani cabaran massa merupakan antara agenda terpenting dalam usaha membentuk swadaya ummah yang kental dan meyakinkan. Hal ini menuntut suatu penelitian yang rapi dan analisa yang terperinci demi melahirkan wajah kepimpinan rabbani yang hakiki.

Demikianlah realiti keberkesanan sebuah kepemimpinan yang mengakari nadi ummah membuktikan Islam sejati. Rentetan daripada itu, kita wajar menyelongkar kembali ramuan bernilai dan resepi terkini ke arah pemupukan saf qiadi rabbani. Al-Ustaz Said Hawwa menegaskan dalam risalahnya Ihya' Rabbaniah, betapa gagasan rabbaniah adalah noktah penyelesaian segenap masalah sekitaran. Kegagalan dalam mewujudkannya akan mengundang kelemahan yang ketara dalam proses pendidikan generasi. Lantaran kepentingannya, kitab keutamaan-keutamaan dalam Harakah Islamiyyah hasil buah fikiran Al-Ustaz yusof Al-Qardawi menerangkan bahawa ar-Rabbani perlu diberikan nafas baru pentakrifannya guna menjamin relevansi tuntutan thaqafi yang terpundak, kebutuhan akhlak yang multazam, kesuburan biah yang terpugar dan keistimewaan ruh yang terpancar.

Di sinilah perlu diperhati dan dihalusi bahawa rabbaniyyun yang kita ingin lahirkan bersama adalah mereka yang menjangkau usaha ketahap yang lebih tinggi kearah merealisaikan pimpinan yang mempunyai kualiti lantas mampu mencerna perancangan jemaah yang terancang dan strategik. Malah thaqafah yang bersemi mesra membajai akal, segera dipagarkan dengan akhlak hizbullah bermuqaddimahkan mahabbatullah, az-zillah terhadap mukminin dan al-'izzah terhadap kafirin. Seri itu dibungai pula dengan pendekatan persis Rasulullah S.A.W. zahir dan batinnya menyubur jiwa dalam jambangan murni majlis zikr dan ta'lim serta halaqah tadris yang mulia.

Meninjau penuh keinsafan rentak tari kepimpinan mahasiswa dan mahasiswi kini khususnya di tanah air ini, tampak begitu mengharukan kerana kekadang begitu jauh daripada bebayang unggul ar-Rasyidin, Umar Abdul Aziz, Salahuddin, al-Malik Zahir dan lain-lain. Kita sebenarnya begitu merindui sebuah ketumbukan pewaris anbiya' yang bersiaga memikul taklif kepimpinan dengan bekal ilmu yang menyemarak ruh perjuangan seiring tingkah perlakuan yang layak meraih ihsan ar-Rahman juga gempur berani pencinta syahid di medan. Pun begitu, yang jelas pada lingkung pandangan adalah sikap berkecuali dan pasif yang berkembang, tatkala sesekali dilamar untuk memimpin persatuan. Akibatnya, krisis kepimpinan terus bertalu-talu melanda, taklif bersekitar tuntutan amal Islami yang dipundakkan bertimbun tindan di atas bahu individu yang sama lalu membiarkan teori pembahagian tugas terbiar sepi. Ya, kita mungkin tidak punya quwwah seumpama Abu Bakar as-Siddiq, kita juga jauh daripada izzah Umar al-Kattab, jua sakinah Uthman Ibn Affann dan fathonah Ali Karamallahu wajhahu. Namun, apakah ini layak dicagarkan sebagai alasan untuk membiarkan amanah kepimpinan dipikul oleh mereka yang kurang berkelayakan? Mungkin mustahil kita menggapai haibah generasi pimpinan silam terbilang. Namun, adakah ini memberi rukhsah syar'iah untuk tidak melunaskan tuntutan qiadah? Fenomena yang terus-terusan berlaku ini, adakah petanda gilang kepimpinan ulama pada masa hadapan? Atau inikah suatu amaran yang menuntut muhasabah tuntas, segera dan penuh keinsafan bagi mengembalikan sinar keunggulan yang kian dimamah zaman?

Kita akur betapa kita masih mentah di era pentadbiran dan pengurusan paling efektif abad ini. Kita juga mengakui betapa kita tidak dilahirkan dengan serba serbi kehebatan untuk memimpin ummah secara langsung. Kita sedar, syakhsiah kita menuntut untuk digilap dengan sebaik mungkin guna menghidupkan pancaran qudwah yang sering dikaburi oleh kemalapan. Di sini kita menegaskan bahawa Kampus sebenarnya bukan sekadar medan latihan sampingan atau sekadar pemanas badan sebelum bergelanggang langsung di medan perjuangan sebenar. Akan tetapi ia adalah sebahagian daripada episod kehidupan anak-anak nusa di perantauan yang menagih untuk dilunaskan tuntutan hidup berjemaah dibawah suatu kepimpinan yang menentukan nilai deen, taqwa dan ubudiyyah. Lantas, kita bersama tertuntut untuk membentuk suatu saf kepimpinan yang berangkai di setiap peringkat dengan wajah yang terbaik bagi memastikan iklim hayat para pejuang dilatarkan dengan biah solehah yang layak beroleh anugerah aman dan harmoni daripada Allah.

Ternyata, dinamika sikap dalam menyelesaikan masalah kepimpinan atas dasar tanggungjawab beragama adalah suatu kebutuhan yang tidak boleh dikesampingkan sama sekali. Membiarkan amanah mewujudkan barisan pimpinan terbaik dengan sambil lewa apatah lagi mengabaikannya begitu sahaja adalah manifestasi kelemahan penghayatan deeni dan kecelaruan faham dalam amal islami.

Dalam rangka melahirkan ar-rabbaniyyin yang berkeupayaan untuk mengemudi ummah, bukan sedikit yang harus dikorbankan dan bukannya murah harga yang perlu dibayar. Menyedari ini merupakan tuntutan yang begitu besar impaknya kepada kekuatan ummah, segenap lapisan ahli perlu bersama dipugar puing-puing kesedarannya sehingga seluruh pejuang kita berasa thabat bahawa diri masing-masing perlu dipersiapkan sesiaga mungkin demi memenuhi taklif rabbani ini. Sekaligus, hambatan sikap negatif dan tabiat pesimis perlu dinyahkan segera daripada diari hidup seharian.

Kita kini, semalam dan akan datang akan cuba membuka jalan dan mendedahkan khalayak mahasiswa dan mahasiswi kita dengan pelbagai pendekatan dan kursus untuk memartabatkan upaya memimpin masyarakat kampus sehingga mampu memaut thiqah ummah di tanah air.

Dalam pada itu, keupayaan memimpin akan lebih terserlah dengan kemahiran dan kebijaksanaan berbicara terutamanya ketika di khalayak umum. Namun begitu, kekadang inilah juga alasan yang segera disajikan tatkala diminta memikul amanah kepimpinan. Segala macam gagap gugup, fobia dan trauma diajukan bagi menidakkan taklifan diri. Nyata, memang terlalu sedikit yang dianugerahi nikmat born to be a speaker dan kita mungkin daripada spesis insan biasa sahaja yang diuliti sejuta satu kelemahan. Akan tetapi layakkah kita berdiam diri dan tidak berusaha sekali-sekala membina diri dengan santap rohani penguat azam dan peribadi malah menyerahkan kepada takdir semata-mata. Awas, kekadang anugerah yang Allah berikan sengaja diberikan lapisan pelitup malah mungkin seutuh ruyung untuk dinilai sejauh mana ikhtiar kita bagi menggapai darjat kemuliaan di sisiNya. Adakah sekadar mencagarkan sengih dan senyum sahaja atau mengeksploitasi segenap kekuatan demi menyahut seruan ar-Rahman.

Justeru, marilah kita bersama-sama menilai kembali setakat manakah usaha yang telah kita gembleng bersama ke arah mengembalikan izzah qiadah rabbaniah dalam rangka memimpin sebuah kesatuan yang berpijak di bumi nyata. Pasti, kemampuan kita membentuk dan menyusun barisan qiadah yang kental di segenap penjuru adalah petanda baik dan cerahnya harapan kepimpinan ulama di tanah air kita esok dan detik-detik yang mendatang.

Memahami Dan Melunasi Tanggungjawab Siasi

Filed under: by: Mujahid Muda

Senario massa jelas menyaksikan kesedaran berpolitik yang kian marak di kalangan pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa di Malaysia. Isu-isu politik yang hangat dan sensitif tidak lagi menjadi perkara yang asing untuk dipolemikkan di khalayak umum. Hal ini telah menarik golongan mahasiswa di tanahair untuk terbabit secara langsung dalam kancah sepak terajang itu lantas memberikan saham yang besar dalam mewarnai corak pemikiran dan hala tuju masyarakat bagi menentukan masa hadapan mereka secara lebih bijaksana.


'Hal ini telah menarik golongan mahasiswa di tanahair untuk terbabit secara langsung dalam kancah sepak terajang itu lantas memberikan saham yang besar dalam mewarnai corak pemikiran dan hala tuju masyarakat bagi menentukan masa hadapan mereka secara lebih bijaksana.'


Dalam hal ini, mahasiswa dan mahasiswi yang lebih memahami idealisme perjuangan Islam tidak sepatutnya memberikan alasan yang serupa untuk terlepas daripada melunasi tanggungjawab siasi yang terpundak di bahu mereka. Bahkan mereka sebenarnya yang perlu memahamkan masyarakat bahawa selagi tidak terlaksana sistem kenegaraan Islam sepenuhnya, selagi itu usaha-usaha pengislahan perlu diteruskan. Maka, usaha-usaha untuk memupuk kesedaran yang menyeluruh di kalangan ahli gerakan Islam tentang tanggungjawab siasi ini perlu dipergiatkan. Mereka perlu disedarkan bahawa sumbangan yang perlu diberikan adalah bermula semenjak alam kampus lagi dan tidak menunggu sahaja untuk menyumbang setelah pulang ke negeri masing-masing tanpa melakukan sesuatu. Banyak bukti menunjukkan bahawa pengalaman yang diperolehi melalui penglibatan dalam persatuan dan aktiviti kemasyarakatan dikampus amat membantu perlaksanaan tugas dakwah sama ada dalam aspek sosial, politik mahupun ekonomi.

Terdapat sebilangan mahasiswa yang memiliki kesedaran untuk melunasi tanggungjawab ini, tidak mengetahui saluran yang sepatutnya didahulukan dalam memberikan sumbangan. Tindak-tanduk bersendirian tanpa haluan sebegini wajar diperbaiki agar lebih terarah lantas menatijahkan momentum yang maksimum ke arah anjakan reformasi sosio-politik tanah air yang lebih gemilang. Lalu, kesedaran yang ada wajar digembleng secara jamai’e untuk memecah kebuntuan yang menyelubungi senario politik tanahair seumpama gejala penolakan terhadap perlaksanaan perundangan Islam di kalangan pemimpin Islam dalam negara, masalah perpecahan etnik, pertikaian terhadap perlaksanaan sistem pilihanraya, krisis hubungan antarabangsa antara Malaysia dengan negara-negara barat dan sebagainya. Hal sebegini akan mematangkan kita untuk ketika berhadapan dengan reliti, di samping membuka saluran bersuara untuk diambil perhatian oleh pihak-pihak terbabit. Sungguhpun sebahagian daripada perkara ini telah dilaksanakan, namun penglibatan para mahasiswa adalah pada tahap yang sangat minimum dan tidak menyeluruh.

Bagi memenuhi hasrat ini, program-program yang menjurus ke arah pematangan minda siasi seumpama Kursus Kenegaraan, Bengkel Siasah, Bengkel Latihan Pilihanraya dan seumpamanya perlu dirintis di segenap peringkat secara matang dan terbuka. Aktiviti ini dipercayai mampu melahirkan para pekerja Islam yang lebih matang dan profesional.

Namun, perlu diingat bahawa dalam kerancakan melaksanakan tanggungjawab siasi, sewajarnya kita sentiasa berwaspada dengan had-had yang mengekang di persekitaran. Kebijaksanaan inovasi gerakan, di samping penghayatan semangat musyawarah dan muhasabah amat penting dalam menjamin gerak tindak yang optimum serta menyeluruh di segenap peringkat.

My favourite Song

Filed under: by: Mujahid Muda







Doa Rabittah

Sesungguhnya engkau tahu
Bahwa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan citamu

Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

(2x)

Kuatkan lah ikatannya, tegakkanlah cintanya
Tunjuki lah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahayamu
Yang tiada pernah padam
Ya Rabbi, bimbing kami

huhuhuh

Lapanglah dada kami Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padamu
Hidupkan dengan makrifatmu
Matikan dalam syahid dijalanmu
Engkaulah pelindung dan pembela

Kuatkan lah ikatannya, tegakkanlah cintanya
Tunjuki lah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahayamu
Yang tiada pernah padam
Ya Rabbi, Bimbinglah kami (3X)

Izzatul Islam

Trailer Sang Murabbi

MAHASISWA BERMISI DAN BERVISI

Filed under: by: Mujahid Muda

Kita sangat memerlukan generasi mahasiswa yang lahir dari kampus-kampus adalah mereka yang mempunyai misi dan visi yang selari dengan idealis Mahasiswa yang merupakan asset penting bagi sesebuah Negara. Negara mampu melahirkan graduan yang cemerlang akademiknya, Negara juga mampu untuk melahirkan mahasiswa yang hebat diarena sukan diperingkat nasional mahupun diperingkat antarabangsa, dan negara juga tidak lemah untuk menghasilkan produksi graduan yang ramai. Namun, Negara masih kelihatan lemah melahirkan generasi yang Mahasiswa yang berjiwa besar serta cakna dengan pergolakan yang berlaku terhadap rakyat. Peranan mahasiswa kurang menyerlah dek kerana halangan AUKU yang tidak membenarkan mereka turut serta dalam politik. Halangan inilah, menyebabkan mahasiswa hanya memikirkan soal akademik tanpa mengambil berat tentang jatuh bangun rakyat diluar.


8 Mac, rakyat membuktikan perubahan. Perubahan yang terjadi tanpa bantuan penuh dari Mahasiswa. Mahasiswa, sebelum ini bertindak sebagai jurubicara masyarakat, agen musleh serta gelaran pemangkin revolusi tercabar dengan persoalan tindakan yang tak semaknanya dengan gelaran yang dipakai. Oleh itu, MAHASISWA BERMISI DAN BERVISI ( BERWAWASAN ) harus dibentuk seramai yang mungkin. Kalau nak mengharapkan AUKU dimansuhkan, ibarat ‘menunggu bulan jatuh keriba’. Walau pindaan telah dibuat, ianya hanya kosmetik. Dasarnya, mahasiswa tetap akan mandom sekiranya terus beriman dengan AUKU tersebut.


Apakah yang dikatakan misi dan visi?


Secara ringkasnya, misi adalah risalah yang diputuskan oleh Allah atau tujuan manusia itu diwujudkan di muka bumi ini. Visi (wawasan) pula adalah kemampuan menentukan haluan yang sekaligus mampu menjangkakan keadaan akan datang dalam mengatur strategi dan perancangan. Dalam konteks Islam, misi bagi manusia antaranya :-

  1. Hamba Allah :-Perhambaan hanyalah kepada Allah semata-mata dan tidak kepada yang lain.
  2. Khalifah Allah : Khalifah yang diamanahkan untuk mentadbir alam ini yang melibatkan hubungan dengan manusia lain, tumbuhan dan haiwan.

Manakala dalam usaha memenuhi misi sebagai hamba dan khalifah kita diminta memperjuangkan :

o . Keperibadian Islam

o . Pembinaan keluarga Islam

o . Pembinaan masyarakat Islam

o . Pembinaan negara Islam

o . Pembinaan dunia Islam


Oleh itu, kita perlulah mengharmonikan hubungan verticalNya (hubungan dengan Allah) dan hubungan horizontalNya (hubungan dengan manusia lain, tumbuhan dan haiwan) dalam memenuhi misi yang diamanahkan.


Sejarah telah menunjukkan bukti bahawa mereka yang mempunyai misi sahaja yang mampu membawa perubahan, dari kegelapan kepada cahaya, dari kesempitan kepada keluasan, dari perhambaan kepada pengabdian diri kepada Allah.


Tokoh-tokoh Islam seperti Ibn Sina, Imam Ghazali, Ibn Taimiyyah, Al-Farabi dan seumpamanya turut memperlihatkan betapa mereka mempunyai misi dan visi yang jelas dalam pembinaan tamadun ummat. Boleh dikatakan sejak dari umur belasan tahun mereka telah memperlengkapkan diri dengan pelbagai bidang ilmu pengetahuan bagi kepentingan Islam dan ummatnya. Sebagai generasi muda Islam hari ini, maka soal misi dan visi juga hendaklah diberikan perhatian dalam era kebangkitan Islam.


Misi Kita

Adalah menjadi kewajipan kita memahami misi yang antaranya ialah :

. Menjadi hamba dan khalifah Allah di muka bumi

. Bertanggungjawab membina diri baik dari segi mental, roh dan jasmani

. Menjadi penyeru kebaikan dan pencegah kejahatan

. Menjadi pencetus, penggerak dan pembina tamadun Islam


Visi Kita

Visi mahasiswa Islam perlu kita bina bersama dalam menghadapi masa hadapan antaranya :

o Mahasiswa yang terbina kualiti asas intelektual, rohani dan jasmani

o Mahasiswa yang berjiwa besar dengan cita-cita menggunung

o Mahasiswa Al-Quran yang unik, membaca, memahami, menghafal, menghayati

dan mempraktikkannya

o Mahasiswa yang celik sejarah

o Mahasiswa yang pemikirannya mampu bersaing secara sihat bagi menghadapi daya saing, daya tahan dan ketangkasan berfikir

o Mahasiswa yang faham mengisi kebangkitan ummah dalam segenap segi

Pro Mahasiswa sedia berpencak.

Filed under: by: Mujahid Muda


Pilihan Raya Bakal Menjelma.


Disaat tanah air dilanda Tsunami politik yang dahsyat, disaat berlakunya kekalutan parti pemerintah, menyebabkan tidak tidur lenanya sang PM seperti sebelumnya, kini sudah tiba masanya untuk Mahasiswa membuktikan bahawa tsunami politik juga turut berlaku dalam Pilihan Raya Kampus yang bakal dilaksanakan dikampus-kampus Perdana (UM, UTM, UKM, UIAM dan sebagainya). Fenomena diluar kampus yang berlaku sedikit sebanyak memberi kesan untuk mewujudkan kembali mood politik dikalangan mahasiswa sekaligus mereka terlintas untuk mengambil cakna tentang situasi politik masa kini.



Ada Harapan

Pro-M ternyata mempunyai harapan yang cerah untuk menguasai kembali kampus setelah Proksi MPM/MPP dijahanamkan oleh mahasiswa yang pro-Aspirasi. Proksi yang duluya dibintangi oleh mahasiswa yang berkeliber, berjiwa kepimpinan, lantang mengkritik, terserlah kewibawaan dan nama mereka cukup dikenali oleh rakyat bawahan, kini 3 tahun diisi kemenangan oleh Aspirasi yang rata-ratanya memiliki kepondangan yang jelas. Saya menyeru kepada mahasiswa yang atas pagar, ayuh kita isi kemenangan PR kampus kali ini dengan mahasiswa Pro-M yang mempunyai jiwa kepimpinan yang jelas. Usah lagi kita angkat pondan-pondan aspirasi yang terikat dengan parti pemerintah dan TNC HEP. Ternyata, 3 tahun pemerintahan mereka bertapak, mereka gagal meletakkan diri mereka setaraf dengan Mahasiswa yang mendokong Idealis Pro-M. mereka ini hanya, pupet yang sekadar memenuhikan kerusi MPP tanpa menghiraukan peranan yang wajib mereka mainkan.


Jentera Pondan Telah Dibentuk.

Mereka masih ingin meneruskan tradisi kepondangan MPP. Ramai mahasiswa telah dirisik untuk menjadi calon kerusi MPP. Kesian juga, apabila melihat adek-adek yang berpotensi untuk menggilapkan bakat kepimpinan mereka, tiba-tiba pondan secara terpaksa lantaran cengkaman kuat oleh pemerintah dan TNC HEP. Adek-adek yang dilihat sebagai rising star, dinafikan kebolehan serta hak kepimpinan. Buat adek-adek junior, jangan membiarkan anda diPONDANkan oleh mereka. Ayuh bersama kami, mengembalikan keizzahan mahasiswa yang sekian lama membisu peranannya. Biarlah, bapuk-bapuk itu terjun dengan labunya.


Ayuh Pro-M, Laksanakanmu Tugasmu Sebagai Hero UTM!!!! kembalikan Kizzahan Mahasiswa.






AKHLAK HARAKIYYAH

Filed under: by: Mujahid Muda

Ibarat lautan yangbtidak bertepi,

demikianlah hamparan ujian dan rintangan seorang pendakwah. tetapi perlu diingat bahawa sesungguhnya ujian yang melanda da'ie adalah petanda kecintaan Allah terhadapnya.

sabda Rasulullah S.A.W


"Sesungguhnya jika Allah mencintai sesuatu kaum maka Dia akan menguji nya"


Allah tidak meninggalkan da'ie itu begitu sahaja dalam melawan gelojak jiwadan menanggung kebuasan musuh-musuh mereka.

Al-Quran diturunkan sebagai panduan hidup juga sebagai penenang jiwa. Ada beberapa tuntutan akhlak yang harus dimiliki oleh seorang da'ie dalam meniti jalan dakwah ini.

Firman Allah dalam surah AL-Anfal (45,46):


"hai orang-orang yang beriman, apabila kamu memerangi pasukan musuh,maka berteguh hati lah kamu dan berzikirlah kepada Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung. dan taaatlah pada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantah yang menyebabkan kamu menjadi gementar dan hilang kekuatanmu dan bersabarla. sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang bersabar."