Mahasiswa Menyokong Penuh Kerajaan Hamas.

Filed under: by: Mujahid Muda



Mahasiswa menyokong penuh parti di bawah kepimpinan Ismail Hanieya yang dipilih secara demokratik tahun 2006 yang lalu. Mahasiswa merasa kesal dengan tindakan pimpinan parti politik fatah yang menjadi talibarut Israel yang cuba sedaya yang mugkin untuk menggugah kerajaan palastine. Saya selaku Mahasiswa juga kesal tentang element jahat yang di mainkan oleh presiden fatah, Mahmud Abbas yang menambahkan lagi derita rakyat Islam Palastine.

Walaupun Hamas dan Fatah sudah menerima pelan damai di Makkah beberapa bulan lepas dan mewujudkan kerajaan campuran sebagaimana yang didedak oleh komuniti antarabangsa, namun Fatah terus menggugat kestabilan Palestin dengan banyak percubaan untuk melemahkan kerajaan sekaligus menghalang usaha kedamaian negara. Tambahan pula, kami mengecam peranan Amerika Syarikat dan Israel yang dipercayai menyalurkan kelengkapan senjata yang bernilai USD 100 juta kepada Fatah untuk menggulingkan kerajaan hamas yang diterajui oleh Ismail Hanieya.




Rentetan dari itu, mahasiswa menggesa seluruh umat Islam untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada kerajaan Hamas yang kini dkepung oleh Fatah dengan bantuan AS dan Israel laknatullah.....


Keadaan di Palestin waktu ini, diburukkan dengan peperangan kedua-dua pihak yang meletus akibat daripada tindakan segelintir anggota Fatah menyalurkan maklumat kepada regim Yahudi untuk menangkap dan membunuh pemimpin Hamas.


Hasil dari kerjasama mereka, tentera Israel baru-baru ini menangkap beberapa orang pimpinan Hamas, ada di kalangan mereka merupakan menteri dalam kerajaan campuran.


Tidak terhenti setakat itu, Fatah yang dibekalkan dengan senjata canggih oleh Yahudi, membuat beberapa percubaan untuk membunuh Perdana Menteri sejak kebelakangan ini.


Kekacauan yang berlaku mengakibatkan Palestin yang berada dalam dua wilayah yang terpisah di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, ditadbir oleh dua puak yang bertentangan.


Marilah sama-sama kita menunaikan solat hajat dan bermunajat kepada Allah agar seluruh perancangan jahat regim Yahudi yang memecahbelahkan umat Islam Palestin digagalkan.

1 comments:

On September 18, 2008 at 10:00 AM , Ardzwa said...

Assalamualaikum...

Kami Pemuda dari Temerloh menyokong usaha dan gerakan ini... kami ada mencetak t-shirt, bandage, bendera, sticker, etc dalam meluahkan perasaan kami... kami cintakan agama kita dan masyarakat islam seluruhnya...
ada idea macammana nak kembangkan kesedaran ni? kongsi...
019 - 935 8624 (Long - Radical Design) 013 - 949 7440 (Adi - R In Circle Design)