Kemenangan besar Hamas dalam pilihanraya lalu sedang disambut baik oleh gerakan Islam seluruh dunia dan dengan jelas menggusarkan kuasa-kuasa veto yang menjangkakan suatu yang sebaliknya berlaku. Pendemokrasian Timur Tengah yang dilaungkan Barat dan AS sebagai langkah memberi kemenangan kepada boneka- boneka Barat di negara umat Islam yang kononnya memperjuangkan suara rakyat, akhirnya menjadi laluan mudah untuk kemenangan gerakan Islam Hamas dengan mengaut sejumlah besar 76 kerusi perlimen yang melayakkannya mengambil alih cabinet Palestin dari Fatah. Kemenangan ini dengan jelas menguji keikhlasan AS yang kononnya memperjuangkan hak memilih rakyat melalui demokrasi. Malahan selepas kemenangan ini AS dilihat bertindak seperti kebudak- budakkan dengan sikap tidak ikhlas mengugut membatalkan bantuannya sebanyak AS$400 juta setiap tahun kepada pihak berkuasa Palestin (PA). Mereka mahukan usaha `pendemokrasian' Timur Tengah tetapi pada waktu yang sama tidak sekali- kali mahukan gerakan Iskam mengambil alih kuasa walaupun melalui proses demokrasi. Bagi penulis, kemenangan gerakan Islam dewasa ini, sebagai bibit-bibit ke arah peralihan kuasa dunia ke tangan Islam semula, dan Barat serta ideologinya bakal menemui nasib yang sama sebagaimana yang dihadapi oleh ideology Komunis, Sosialis dan kuasa besar Soviet Union.
Di Iraq selepas kejatuhan regim Saddam Hussein, kerajaan boneka sementara di bawah pimpinan Iyyad Allawi yang dilobi oleh AS tidak dapat mempertahankan kuasa dalam pilihanraya terbuka, selepas keputusan memihak kepada kumpulan Islam `Syiah' yang menang lebih separuh kerusi parlimen. Kumpulan Islam sunni pula memenangi kerusi parlimen yang majoritinya adalah puak sunni. Di Mesir, Ikhwanul Muslimin, gerakan haram, mengejutkan dunia apabila menang besar dengan mengaut 90 kerusi parlimen yang menjadikannya parti pembangkang terbesar di Mesir. Di Lebanon pula, selepas pembunuhan Presiden Rafik Hariri, gerakan anti-Syiria naungan AS dan Israel berjaya menghalau tentera Syiria dari bumi Lebanon. Namun apabila saja pilihanraya diadakan, selain kemenangan parti yang didokong oleh anak lelaki Hariri, Hizbullah, gerakan Islam yang disenarai mudah AS sebagai gerakan terrorist, telah memenangi banyak kerusi parlimen dan kini terpaksa diberi beberapa jawatan penting dalam kabinet baru Lebanon.
Kemenangan gerakan Islam di Timur Tengah secara tidak langsung memberi gambaran jelas kepada pejuang Harakah Islamiah bahawa matlamat umum kepada pembentukan `Daulah islamiah' dan `Khilafah Islamiah' bukanlah matlamat dan impian kosong manhaj haraki yang pernah menerima pembaharuan semasa hayat imam Hasan Al- Banna. Gerakan Islam telah membuktikan, melalui sedikit ruang kebebasan dan demokrasi, melalui penerangan kepada masyarakat, kebenaran yang diperjuangkan oleh mereka pasti mendapat sokongan dan dokongan besar rakyat. Barat dan AS seharusnya mengkaji semula gagasan pro-demokrasi mereka di Timur Tengah kerana ternyata apabila wujud sedikit ruang demokrasi di Negara umat Islam, ia telah mengukuhkan sokongan rakyat kepada gerakan Islam. Ini kerana, kebenaran yang wibawa oleh gerakan Islam adalah kebenaran Islam itu sendiri. Kebenaran Islam bukan sahaja merangkumi hak asasi manusia ( yang sudah dibontoti AS), malah melangkaui perkara itu, Islam adalah agama fitrah yang saling berpelengkapan dengan fitrah jiwa manusia. Manusia hari ini sudah tidak sanggup lagi memikul kesengsaraan dan beban akibat kemajuan ini, dan tidak sanggup lagi terus tenggelam didalam kemewahan ini. Pelbagai gejala, keruntuhan, tekanan fizikal dan mental, kepincangan akal dan seks, serta pelbagai kesan negative kini menular di dalam tamadun ini. Masyarakat dan individu kini merasai kesan buruk ini. Mereka kini tidak tahan lagi melihat kejahatan dan kerosakan yang berlaku. Kemenangan gerakan Islam dilihat sebagai langkah pertama menukarkan system kesengsaraan ini kepada cara hidup Islam yang agung dan dinanti-nantikan.Semua ini jika dikaji bermula dari unit- unit kecil usrah yang sekarang kita perjuangkan.
(P/S: Penulis mengharapkan supaya penulisan ini dikritik.)
Dari,
AMIRUL ELMI BIN MOHD ALI,
BIOTEKNOLOGI TUMBUHAN,
TIMBALAN YDP PERSATUAN MAHASISWA
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI,
UNIVERSITI KEBANGSAAN
MALAYSIA
0 comments: