Pak lah Ikut telunjuk Samy, samy ikut telunjuk si....

Filed under: by: Mujahid Muda







Abdullah mengambil alih pentadbiran negara dengan seribu harapan baru dari rakyat Malaysia. Habis sudah zaman gelap pertelingkahan, tekanan politik dan kurang peka dengan sentimen dan aspirasi rakyat.Hasilnya, lonjakan besar sokongan dicampur manipulasi pilihanraya yang paling teruk sepanjang sejarah pilihanraya Malaysia. BN menang besar.Kini, Abdullah mundur semula ke zaman sebelum beliau mengambil alih teraju utama negara.Perjanjian konsesi lebuhraya berat sebelah diteruskan. Tak perlu dan tidak akan dikaji semula.Teruskan kerahsiaan perjanjian konsesi berat sebelah tersebut dengan OSA. Rakyat tidak dibolehkan mengetahui kandungannya. Sekalipun pincang, ia adalah Rahsia Negara.Naikkan tol untuk pastikan syarikat konsensi tetap untung. Apa peduli rungutan rakyat. BN selamanya memperolehi majoriti besar.Tahan penunjuk perasaan aman yang cuba mempamirkan beban berat yang mereka terpaksa tanggung ekoran kenaikan tersebut. Suka, terima, tak suka, terima. Senang, terima, susah, terima. BN tak hargai perasaan anda jika pilihanraya masih jauh.Teruskan cengkaman OSA untuk lindungi kepincangan.Siasat orang yang dianggap mempunyai dokumen rahsia berkenaan. Tiada tolak ansur. Geledah pejabat dan rumah mereka. Mesej yang jelas.Tertulis di mana-mana. 'Samy' sindrom terus menghantui urusan lebuhraya negara kita. Sampai bila? Anda ada jawapannya.

0 comments: