Penamaan Calon; muka Najib, Rosmah merah padam

Filed under: by: Mujahid Muda

KUALA LUMPUR, 20 April (Hrkh) - Proses penamaan calon Dewan Undangan Negeri (Dun) Ijok yang berakhir pada jam 11.00 pagi semalam diserikan dengan lagu-lagu sinis menghentam Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak yang dinyanyikan oleh ribuan penyokong Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) di hadapan Dewan Orang Ramai, Batang Berjuntai.


Kehadiran Najib dan isterinya Rosmah Mansor mendapat perhatian yang cukup kuat dari penyokong KeADILan yang bersorak menghentam Najib berikutan pemimpin nombor dua negara itu enggan menjawab tuduhan yang dikaitkan dengannya dala isu pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribu.

'Kapal selam', 'Mongolia', 'Altantuya' lagu perli Najib

Ketika mula melintas masuk ke dalam dewan selepas selesai pengumuman yang dibuat oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Najib diperdengarkan dengan lagu-lagu yang menyebut antara lain nama 'Altantuya', 'C4', 'Mongolia', 'Kapal Selam' dan tidak kurang yang menyanyi sambil mendesak Najib menjawab tuduhan itu.
Suasana menjadi tegang bila mana beberapa pegawai polis yang kelihatan tidak senang duduk dengan penghinaan yang dibuat penyokong KeADILan itu ke atas Najib cuba meminta penyokong berdiam.
Tanpa menghiraukan arahan pihak polis itu, penyokong meneruskan nyanyian kali ini lebih kuat lagi bila mana Pemangku Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin dan N.Gobalakrisnan serta Naib Presiden KeADILan, Xavier Fernandes memberi 'signal' kepada penyokong untuk menguatkan nyanyian itu.
'
Shahidan undur bila nama 'Norita' disebut '

Di ketika itu juga muncul Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Shahidan Kassim yang dengan bersahaja melakukan beberapa aksi yang agak memualkan hingga penyokong KeADILan bertempik dengan melaungkan nama 'Norita Shamsuddin' (model yang dibunuh).
Akhirnya Shahidan melangkah ke belakang sebentar dan dilihat berbual dengan beberapa pegawai polis yang berpangkat.Seketika selepas itu beberapa pegawai polis dilihat bertemu dengan Shamsul dan Gobalakrishnan dan meminta pihak pemimpin KeADILan menenangkan penyokongnya.
Namun suasana yang tegang dan tempikan lagu-lagu sinis memperli Najib dengan lirik lagu diperindahkan lagi kali ini ditambah dengan perkataan Scomi, Pak Lah Tidur, Hancur BN dan Hancur Rasuah, sambil beberapa orang menanyangkan duit RM1 kepada Shahidan dan Rosmah yang masuk ke perkarangan dewan.

Muka Rosmah merah bagai 'udang dipanggang'

Muka Rosmah yang dipenuhi 'make-up' dilihat basah kusam dengan diwarnai susuk warna darah yang terang menyeluputi seluruh permukaan wajahnya bagai 'udang yang dipanggang' merah menyala.
Sementara tiga anggota Puteri Umno yang mengiringi Rosmah antaranya, Adun Paroi, Bibi Sherliza Mohd Khalid yang cuba menyaingi sorakan penyokong KeADILan dengan menyanyikan lagu 'derhaka' dan sorakan akhirnya terpaksa akur dengan kekuatan gelombang sorakan penyokong KeADILan.
Beberapa anggota polis yang duduk berhampiran tiga Puteri Umno itu ketawa sinis kepada gelagat tiga puteri itu yang tidak mendapat perhatian penyokong KeADILan.
Sementara percubaan solo seorang yang bergelar 'Dato' tua' yang memakai baju Umno dengan tertera nama Aziz di bajunya menyanyikan lagu 'Bontot' akhirnya tenggelam dalam gelombang suara yang kuat di kalangan penyokong KeADILan.
Penulis yang ketika itu berada di tengah-tengah kawasan antara dua kumpulan iaitu penyokong Umno yang berada 10 meter dari dewan dan penyokong KeADILan di sisi jalan raya berhampiran dewan melihat Najib yang keluar dari dewan seperti seorang yang kecewa dengan penghinaan yang dihadapkan ke atasnya.

Muka rosmah masam mencuka

Malah muka Rosmah yang 'masam mencuka' mencuit hati beberapa wartawan yang berada di sekitar kawasan tersebut.Beberapa minit selepas itu berlaku satu insiden pergaduhan antara beberapa penyokong muda antara dua parti.
Menurut sumber yang berada dilokasi kejadian, pergaduhan itu dikatakan dimulakan oleh beberapa orang yang datang dari arah belakang penyokong KeADILan dengan membaling objek ke arah penyokong KeADILan yang mula beredar dari dewan.
Bagaimanapun pergaduhan itu akhirnya berjaya dileraikan oleh pihak berkuasa.

PAS minta Najib jawab segera

Sementara itu mengulas kecaman rakyat ke atas Najib itu, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa menyatakan bahawa apa yang diutarakan oleh penyokong KeADILan itu adalah luahan hati rakyat.
Malah dalam isu itu beliau melihat perlunya Najib menjawab tuduhan yang dikaitkan dengannya iaitu pembabitan dalam kes Altantuya.
Beliau juga menyokong gesaan yang dibuat Pengerusi DAP, Karpal Singh di Dewan Rakyat supaya Najib hadir ke Parlimen bagi menafikan tuduhan jika benar pemimpin nombor dua negara itu tidak terbabit.
Malangnya hingga kini Najib tidak menjawab tuduhan yang dikaitkan dengannya, kata Ustaz Nasharudin. - mks.

0 comments: