As-Salaf Suatu Yang Diimpikan

Filed under: by: Mujahid Muda

Sedang ana membelek buku yang berjudul “Aulawiyyat al-Harakah al-Islamiyyah fi al-Marhalatil al-Qadimah” yang dikarang oleh Prof. Dr yusof Al-Qardawi Hafizatullah, hati tertarik dengan tajuk yang ulama’ ini highlightkan. Tajuk ini pernah dihuraikan secara ringkas oleh Ustaz Ramadhan Fitri, Pengerusi JPM pusat sewaktu kunjungan beliau ke UTM. Substance ini juga, kadang kala kian dipinggirkan oleh kebanyakkan ahli pendokong Islam yang inginkan tajdid atau pembaharuan. Alhamdulillah, semangat itu mulai timbul lantaran kesedaran ahli yang memerlukan satu revolusi diperingkat dalaman. Namun, pembaharuan yang ingin dicapai, tidak boleh tidak untuk kita ketepikan soal basic atau prinsip asas yang menjadi benchmark untuk kita mengatur sebarang gerak kerja Islam sekarang mahupun akan datang.

Sahabat-sahabat sekalian, tajuk yang saya ingin kongsikan adalah Pemikiran Golongan Terdahulu atau secara detailnya, bagaimana kita mengaplikasikan pemikiran yang dipunyai oleh golongan salafiyyah dalam setiap tindak tanduk, gerak geri kita menyebar luaskan fikrah Islamiyyah. Bila bebicara mengenai salafi, skop yang tertangkap dalam minda adalah tariqat yang menyesatkan, pebahasan feqah yang memeningkan, abid yang sentiasa kuat beribadat di masjid-masjid tanpa menginvolve dengan dunia luar, permaslahan kalam(tauhid) dan berbagai macam lagi pemikiran sempit ini timbul di benak pemikiran pada masyarakat kini. Malah ianya juga berjangkit pada kalangan kita yang dipilih oleh Allah untuk mendokong perjuangan Islam yang suci ini.

Siapakah As-Salaf?

Pertamanya, izinkan saya memulakan perbicaraan ini dengan sepotong hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah ibn Mas’ud. Sebelum itu, Abdullah ibn Mas’ud dalam kata-katanya: “aku adalah orang yang kelima masuk Islam”. Dan Abdullah ibnu mas’ud Dikenali sebagai “Al-mufti baina sahabah(Mufti di kalangan para sahabat)”. Hadith tersebut adalah:-

“Sebaik kurun adalah kurun aku,dan yang terbaik selepas itu adalah generasi yang menyusuri mereka, dan yang terbaik selepas itu adalah yang menyusuri mereka”

Keterangan:
  1. “Sebaik kurun adalah kurun aku…..” : Zaman Rasulullah serta Para sahabat
  2. “....dan yang terbaik selepas itu adalah generasi yang menyusuri mereke,..”: Para Tabi'in
  3. “….dan yang terbaik selepas itu adalah yang menyusuri mereka.” : Para Tabi’tabi’in


Ketiga-tiga generasi ini, ulama menganggar tempoh kehidupan mereka adalah selama 300 tahun selepas kewafatan nabi, yang mana ketiga-tiga generasi inilah merupakan generasi yang dinamakan as-salaf as-soleh. Melihat ketiga-tiga generasi ini, kita memikirkan. Bagaimana kita selaku duat di kampus hendak mengambil manhaj as-salaf as-soleh untuk kita memperoleh berkat dalam perjuangan. Bahkan jika kita kaji semula bentuk dakwah yang kita inginkan atau kita cita-citakan adalah dakwah salaf (boleh rujuk kitab risalah ta’alim dan tasawwur asasi islam).


Kita lihat bagaimana para sahabat yang ditarbiyyah oleh baginda Rasulullah begitu tinggi intima’ mereka pada perjuangan Islam. Sebagai contoh, Saad bin abi Waqas. Pusaranya berdekatan dengan Negara China. Ukurlah jarak madinah dengan Negara China, begitu jauh perjalanan Saad abi waqas yang begitu mobile dalam perjuangan menyebarkan Islam. Dan ramai lagi sahabat-sahabat yang kuburan mereka berjauhan dengan tanah air mereka yang tercinta. Sangat mobile, mengorbankan seluruh kudrat demi memastikan Islam itu disebarkan.


Inilah sebenar, yang kita inginkan. Mobilisasi yang dipamerkan ini bukan hanya membuatkan kita takjub. Tetapi, sebenarnya, mobilisasi inilah yang kita mahukan ianya wujud di kalangan kita selaku duat dimuka bumi, khususnya di kampus-kampus.


Intipati Sebenar Method Golongan Salafi


Diantara keistimewaan pemikiran ini ialah method pemikiran yang menjadi teladan didalam pemahaman bahawa sebaik-baik kurun adalah kalangan para sahabat dan sesiapa yang menurut jejak langkah mereka dengan sebaiknya melalui hidayah Al-Quran dan juga petunjuk dari rasulullah s.a.w.


Intipati sebenar method golongan salafi merupakan method yang diasaskan dalam pelbagaian bentuk berdasarkan usul dan dasar-dasar pengambilannya iaitu:

  • Menjatuhkan hukuman berdasarkan nas-nas qat’I bukannya berdasarkan kata-kata pemimpin.
  • Menyerah atau mengembalikan perkara-perkara yang meragukan kepada pihak hakim dan perkara-perkara yang samar-samar atau andaian kepada yang lebih kuat atau kepada yang lebih meyakinkan.
  • Memahami perkara juz’I atau perkara cabang kepada permasalahan pokok(asas) dan menyeluruh.
  • Menyeru kepada ijtihad dan pembaharuan serta menolak atau membenci kejumudan dan taqlid.
  • Menyeru kepada peradaban bukannya maki-makian di dalam bidang akhlak.
  • Menyeru kepada kemudah-mudahan (keringanan) bukannya kepayahan di dalam bidang feqah.
  • Menyeru kepada kegembiraan bukannya ketakutan didalam bidang tauhid.
  • Menyeru dengan menanam kejituan keyakinan bukannya dengan perdebatan bidang akidah.
  • Memberi pertolongan atau petunjuk dengan roh kesedaran bukannya dalam bentuk fizikal didalam bidang ibadah.
  • Menyeru kepada mengikut dan taat di dalam perkara-perkara agama dan mereka-reka (mencipta) di dalam perkara-perkara dunia.


Inilah intipati method golongan salafi yang mereka gunakan, dengannya dididik serta ditarbiyyah sebaik mungkin lalu lahirlah sebaik-baik generasi yang dijamin keemasannya samaada dari sudut ilmu dan juga amalan sehinggakan Allah memuji mereka di dalam Al-Quran dan juga dipuji oleh Baginda Rasul di dalam hadith-hadithnya. Terpahat serta termaktub didalam sebutan dan juga penulisan sejarah dimana merekalah yang membawa dan menyebarkan Al-Quran kepada generasi yang selepasnya, membuka Negara-negara baru, menyebar serta memartabatkan keadilan dan juga keharmonian, mendirikan Negara dengan penuh keilmuan serta keimanan dan juga mengasaskan ketamadunan kerohanian, kemanusiaan serta ketinggian moral sejagat yang tidak dapat disangkal dan masih disebut-sebut didalam sejarah.


Semoga perkongsian yang serba daif ini, mampu untuk mencetuskan kajian yang lebih mendalam berkenaan dengan Salafi di semua peringkat. Secara jelasnya, duat seharusnya mencontohi keemasan yang dianugerahkan kepada generasi ini. Mencontohi, bukan bermaksud kita ‘copy and paste’, tetapi kita mengambil dasar-dasar atau asas-asasnya. Sekian,


Yang benar,
Dzulhuzmi
zul_muslimin@yahoo.com

zul_mujahid@yahoo.com
wiraperkasa.blogspot.com



0 comments: