Siri Pertama: Faktor-faktor Yang Membawa Kejatuhan Umat Islam.

Filed under: by: Mujahid Muda


Pemisahan Kepimpinan din dan Siasah.


Pada zaman Rasulullah s.a.w. kepemimpinan umat berpusat di satu tempat. Semua perkara, kerohanian, akhlak, keilmuan, kebudayaan, politik , ekonomi dan ketenteraan yang di pegang dan diarahkan oleh satu kuasa yang sama. Para pentadbir dan pelaksanaan segala urusan umat ketika itu berpusat pada satu bentuk kepimpinan yang benar-benar memiliki dan menjiwai kesyumulan islam. Tiada pemisah di dalam urusan umat dalam mana-mana aspek sekalipun. Pemisahan dalam urusan umat kepada juzu’-juzu’ yang ada adalah sesuatu yang asing dari ajaran islam yang lengkap dan sempurna.

Denga peralihan system khalifah kepada sistum mulk maka bermulalah itu sedikit demi sedikit. Di saat kegentingan system mulk, adalah seluruh perhatian ditumpukan kepada pengukuhan kuasa memerintah, pemerintah telah cuai dari menumpukan perhatiannya kepada segala sudut Islam. Pemerintah hanya berusaha untuk mengekalkan kekuasaannya. Mereka sanggup berusaha untuk berbuat apa sahaja asalkan kuasa yang dimiliki itu, kekal terjamin dengannya. Mereka menindas rakyat, merampas harta, menyiksa, memenjara serta membunuh insan-insan yang menentang mereka. Seperti mana yang terjadi pada zaman Mu’awiyah. Seorang yang bernama Ziyad, dilantik oleh Mu’awiyah sebagai wali di negeri Kuffah. Ketika ziyad ingin menyampaikan pidatonya buat kali yang pertama, Ziyad dilempar batu oleh 30 hingga 80 orang sebagai reaksi protes pada Ziyad. Lalu Ziyad, memerintahkan orang suruhannya menutup pintu masjid, dan menangkap orang yang melempari batu terhadapnya, lalu kesemua mereka dihukum, potong tangan.

Semasa keganasan puak pemerintah ini, terdapat juga beberapa tokoh-tokoh ulama’ yang terus berusaha untuk melakukan kerja dakwah melalui lisan dan nasihat. Tetapi, pemerintah tidak senang, lantas mereka ditangkap, dipenjara, diseksa dan ada yang dibunuh.

Dalam suasana kegawatan umat, golongan raja-raja yang memrintah tidak punyai kelayakandari segi ilmu ataupun akhlak. Mereka tidak mempnyai kelayakan berijtihad yang merupakan salah satu syarat yang mesti wujud dalam kepimpinan tertinggi umat islam. Walaupun pemerintah melakukan kekejaman-kekejaman, para ulama’ telah bersikap enggan menyertai atau bekerja sama dalam urusan-urusan pemerintahan. Mereka menjalankan usaha untuk mendidik umat dan meluaska risalah Islam tanpa bantuan dari pihak pemerintah. Imam Abu Hanifah menghadapi situasi sedemikian. Beliau bersama-sama pengikutnya menyebarkan seruan Islam yang mulia, dan tidak gentar dengan ancaman-ancaman yang dihidangkan pada mereka. Umat Islam yang beriman, menganggap ulama’ inilah yang akan membimbing mereka kepada jalan kehidupan yang selamat dan diredhaiNya. Mereka sedaya upaya menghayati Islam dan menjalankan segala tuntutannya yang termampu. Mereka tidak mampu untuk menjalankan kerja amar ma’ruf dan nahi mungkar sepenuhnya, kerana kuasa bukan ditangan mereka. Disamping itu, mereka berpandangan bahawa usaha menumbangkan kerajaan yang zalim itu melalui jihad dibenarkan syara’, mereka tidak dapat mengisytiharkan jihad kerana nyata tindakan itu akan membawa mudharat yang lebih besar kepada umat Islam ketika itu.

Keadaan ini berterusan hinggakan kepimpinan ulama’ itu hanya terbatas pada bidang-bidang ‘ilmu dan peningkatan akhlak tanpa melibatkan diri dalam urusan siasah negara. Lama kelamaan kesetiaan umat terbahagi kepada 2 pusat.

Pemisahan di dalam kepimpinan din dan siasah kepada 2 pusat ini telah merumitkan usaha penyatuan umat.semakin kukuh golongan yang tidak menjiwai Islam dan semakinlemah pula kedudukan ulama’. Dengan bertambah kukuhnya kedudukan golongan pemerintah ini, semakin teballahkekaburan kefahaman Islam dan semakin dalam pemisahan urusan agama dengan urusan duniawi dalam kehidupan umat Islam.

Kehancuran kini kian hebat, kerana pemisahan yang berlaku berlandaskan kepada konsep sekularisme. Suatu fahaman yang menolak kewujudan Allah, dan mengambil kepercayaan materialism.sekitanya pada awal zaman, pemisahan ini terjelma diatas sikap fasik dan zalim sang pemerintah dan kejahilan umat, akan tetapi pada hari ini, pemisahan ini pula berasaskan kepada menjalakan kehidupan manusia di atas landasan secular yang menolak Islam sebagai satu kuasa perundangan.

Malang terus menimpa umat Islam masakini apabila golongan yang dipanggil ulama’ menyokong dasar-dasar kerajaan yang secular dan tidak menganggap bertentangan dengan Islam. Malahan melalui mereka inilah, umat islam terus merasakan bahawa, agama dan politik tidak boleh dicampur aduk. Golongan ulama’ inilah menjadi alat bagi pemerintah yang masih mengaku Islam bagi membenarkan segala apa yang dilakukan oleh pemerintah.

Mohd Dzulhuzmi Nasruddin.

0 comments: