MAHASISWA BERMISI DAN BERVISI

Filed under: by: Mujahid Muda

Kita sangat memerlukan generasi mahasiswa yang lahir dari kampus-kampus adalah mereka yang mempunyai misi dan visi yang selari dengan idealis Mahasiswa yang merupakan asset penting bagi sesebuah Negara. Negara mampu melahirkan graduan yang cemerlang akademiknya, Negara juga mampu untuk melahirkan mahasiswa yang hebat diarena sukan diperingkat nasional mahupun diperingkat antarabangsa, dan negara juga tidak lemah untuk menghasilkan produksi graduan yang ramai. Namun, Negara masih kelihatan lemah melahirkan generasi yang Mahasiswa yang berjiwa besar serta cakna dengan pergolakan yang berlaku terhadap rakyat. Peranan mahasiswa kurang menyerlah dek kerana halangan AUKU yang tidak membenarkan mereka turut serta dalam politik. Halangan inilah, menyebabkan mahasiswa hanya memikirkan soal akademik tanpa mengambil berat tentang jatuh bangun rakyat diluar.


8 Mac, rakyat membuktikan perubahan. Perubahan yang terjadi tanpa bantuan penuh dari Mahasiswa. Mahasiswa, sebelum ini bertindak sebagai jurubicara masyarakat, agen musleh serta gelaran pemangkin revolusi tercabar dengan persoalan tindakan yang tak semaknanya dengan gelaran yang dipakai. Oleh itu, MAHASISWA BERMISI DAN BERVISI ( BERWAWASAN ) harus dibentuk seramai yang mungkin. Kalau nak mengharapkan AUKU dimansuhkan, ibarat ‘menunggu bulan jatuh keriba’. Walau pindaan telah dibuat, ianya hanya kosmetik. Dasarnya, mahasiswa tetap akan mandom sekiranya terus beriman dengan AUKU tersebut.


Apakah yang dikatakan misi dan visi?


Secara ringkasnya, misi adalah risalah yang diputuskan oleh Allah atau tujuan manusia itu diwujudkan di muka bumi ini. Visi (wawasan) pula adalah kemampuan menentukan haluan yang sekaligus mampu menjangkakan keadaan akan datang dalam mengatur strategi dan perancangan. Dalam konteks Islam, misi bagi manusia antaranya :-

  1. Hamba Allah :-Perhambaan hanyalah kepada Allah semata-mata dan tidak kepada yang lain.
  2. Khalifah Allah : Khalifah yang diamanahkan untuk mentadbir alam ini yang melibatkan hubungan dengan manusia lain, tumbuhan dan haiwan.

Manakala dalam usaha memenuhi misi sebagai hamba dan khalifah kita diminta memperjuangkan :

o . Keperibadian Islam

o . Pembinaan keluarga Islam

o . Pembinaan masyarakat Islam

o . Pembinaan negara Islam

o . Pembinaan dunia Islam


Oleh itu, kita perlulah mengharmonikan hubungan verticalNya (hubungan dengan Allah) dan hubungan horizontalNya (hubungan dengan manusia lain, tumbuhan dan haiwan) dalam memenuhi misi yang diamanahkan.


Sejarah telah menunjukkan bukti bahawa mereka yang mempunyai misi sahaja yang mampu membawa perubahan, dari kegelapan kepada cahaya, dari kesempitan kepada keluasan, dari perhambaan kepada pengabdian diri kepada Allah.


Tokoh-tokoh Islam seperti Ibn Sina, Imam Ghazali, Ibn Taimiyyah, Al-Farabi dan seumpamanya turut memperlihatkan betapa mereka mempunyai misi dan visi yang jelas dalam pembinaan tamadun ummat. Boleh dikatakan sejak dari umur belasan tahun mereka telah memperlengkapkan diri dengan pelbagai bidang ilmu pengetahuan bagi kepentingan Islam dan ummatnya. Sebagai generasi muda Islam hari ini, maka soal misi dan visi juga hendaklah diberikan perhatian dalam era kebangkitan Islam.


Misi Kita

Adalah menjadi kewajipan kita memahami misi yang antaranya ialah :

. Menjadi hamba dan khalifah Allah di muka bumi

. Bertanggungjawab membina diri baik dari segi mental, roh dan jasmani

. Menjadi penyeru kebaikan dan pencegah kejahatan

. Menjadi pencetus, penggerak dan pembina tamadun Islam


Visi Kita

Visi mahasiswa Islam perlu kita bina bersama dalam menghadapi masa hadapan antaranya :

o Mahasiswa yang terbina kualiti asas intelektual, rohani dan jasmani

o Mahasiswa yang berjiwa besar dengan cita-cita menggunung

o Mahasiswa Al-Quran yang unik, membaca, memahami, menghafal, menghayati

dan mempraktikkannya

o Mahasiswa yang celik sejarah

o Mahasiswa yang pemikirannya mampu bersaing secara sihat bagi menghadapi daya saing, daya tahan dan ketangkasan berfikir

o Mahasiswa yang faham mengisi kebangkitan ummah dalam segenap segi

0 comments: